GIATMARA Tangga Batu telah ditubuhkan pada April 2006 dibawah kelulusan RMK9. Pada awal penubuhan ia mula beroperasi pada Jun 2006 di bangunan kedai yang disewa di Plaza Sungai Udang dengan anggota kerja yang terdiri daripada 1 orang Pengurus, 1 orang Pembantu Tadbir dan 1 orang Pembantu Setor pada ketika itu. Kursus pembuatan pakaian yang kini dikenali sebagai Fashion & Dressmaking (FND) adalah kursus pertama yang dijalankan dan sesi pertama bermula pada 03 Jan 2007. Pengambilan pelatih bagi sesi tersebut adalah seramai 20 orang.
Kursus penyediaan pastri yang kini dikenali sebagai Confectionary & Bakery (CNB) adalah kursus kedua yang dilaksanakan dan sesi pertamanya pada 15 Ogos 2007 terdiri daripada 16 orang pelatih yang dijalankan di Medan Niaga MARA Sungai Udang (Kini dikenali sebagai Arked MARA Sungai Udang).
GIATMARA ini terletak dalam kawasan Parlimen Tangga Batu dan Dewan Undangan Negeri Sungai Udang serta beroperasi di atas premis kedai di No 5 Tingkat 1 & 2, Jalan PSU 2, Plaza Sungai Udang, 76300 Melaka dan juga di Lot B1-1 & B1-2 Arked MARA Sungai Udang, Melaka.